Tentang Saya


Hai! Saya Yarn, penulis blog ini. Saya seorang yang sangat meminati fotografi HDR, terutamanya dalam genre landscape. Saya tidak mempunyai asas dalam bidang fotografi dan juga tidak pernah mengikuti kursus atau kelas fotografi secara formal di mana-mana kolej atau universiti. Jadi, kalau ada salah dan silap di mana-mana blog saya harap ditegur ya! :)

Berbekalkan minat yang mendalam terhadap fotografi, saya mula membeli kamera DSLR Nikon D3000 pada pertengahan 2009 dan mula mencari kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama. Dengan merekalah saya mula belajar mengenai DSLR dan fungsi-fungsinya.

Setelah hampir setahun memegang DSLR, saya mula manghadiri kusus-kursus jangka pendek yang berkenaan dengan fotografi. Antara kelas yang saya pernah sertai adalah Pengenalan Kepada Pencahayaan Studio oleh Ted Adnan, Asas Manipulasi oleh Design Laundry, Kaler Perchek (Shazlishot Images), Kelas HDR Kabir Malek (Kabir Malek) dan Asas Teknikal Fotografi (Tikushitaro Artworks).

Saya mungkin kurang pengalaman serta tidak mempunyai asas fotografi yang sempurna, tetapi dengan minat serta ilmu yang saya telah perolehi dari kawan-kawan & kelas-kelas yang saya pernah hadiri, saya akan kongsikan dengan anda di dalam blog ini setakat yang saya mampu.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi singgah di blog saya :)

Gear yang Saya Gunakan


Kamera

  • Nikon D200

Lensa

  • Nikkor 18-55mm 1:3.5-5.6G ED II AF-S DX Zoom

Lampu Denyar


  • Nissin Speedlite Di622
  • Nikon Speedlight SB-700
  • Sunpak RD2000


Gear yang Saya Pernah Miliki


Kamera



  • Nikon D7000  (hilang)
  • Nikon D80  (jual)
  • Nikon D3000   (jual)
  • Olympus ยต1050SW   (jual)

Lensa



  • Nikkor 50mm F/1.8 AF   (jual)
  • Nikkor 50mm 1:1.4D  (hilang)
  • Nikkor 70-300mm 1:4-5.6G  (hilang)
  • Tokina SD 11-16mm F2.8 (IF) DX AT-X PRO  (hilang)
  • Tamron AF 70-300mm F/4-5.6 Di LD Macro 1:2   (jual)
  • Tamron SP AF 17-50mm F/2.8 VC XR Di II LD Aspherical  (hilang)