Tentang HDR

HDR adalah singkatan kepada High Dynamic Range. Ada juga yang memanggilnya High Dynamic Range Imaging (HDRI). Jika diterjemahkan secara bulat-bulat ke Bahasa Melayu membawa maksud 'julat dinamik yang tinggi'. Pelik bunyinya kan? Ia merupakan salah satu cabang dari genre fotografi. Ia merupakan satu teknik fotografi yang melibatkan proses fotografi dan editing.

Definisi

Definisi dari Wikipedia :

"In image processing, computer graphics, and photography, high dynamic range imaging (HDRI or just HDR) is a set of techniques that allows a greater dynamic range between the lightest and darkest areas of an image than current standard digital imaging techniques or photographic methods. This wide dynamic range allows HDR images to represent more accurately the range of intensity levels found in real scenes, ranging from direct sunlight to faint starlight, and is often captured by way of a plurality of differently exposed pictures of the same subject matter.
In simpler terms, HDR is a range of techniques geared toward representing more contrast in pictures. Non-HDR cameras take pictures at a single exposure level with a limited contrast range. This results in the loss of detail in bright or dark areas of a picture, depending on whether the camera had a low or high exposure setting. HDR compensates for this loss of detail by taking multiple pictures at different exposure levels and intelligently stitching them together so that we eventually arrive at a picture that is representative in both dark and bright areas."
Menurut Trey Ratcliff, salah seorang penggiat HDR terkemuka :
"HDR is a post-processing task of taking either one image or a series of images, combining them, and adjusting the contrast ratios to do things that are virtually impossible with a single aperture and shutter speed."
Menurut Kabir Malek, salah seorang penggiat HDR di Malaysia :



Secara mudah fahamnya, HDR ni adalah satu teknik fotografi yang hasilnya kita akan dapat sama @ paling hampir dengan apa yang mata kita nampak.




Sejarah

1850an - Gustave Le Gray mendapat idea untuk menggabungkan dua negatif filem untuk imej pemandangan laut (seascape) yang seimbang, ia dianggap agak ekstrim kerana agak mustahil untuk mendapatkan gambar pemandangan laut yang seimbang menggunakan teknik yang standard pada masa itu (biasanya kita akan dapat gambar pemandangan laut dengan langit yang putih @ overexposed).

gambar seascape oleh Gustave Le Gray; 1856@1857
sumber:  http://en.wikipedia.org/wiki/File:LeGray_brick.jpg 

1930an - HDR pertama kali diperkenalkan antara tahun 1930 hingga 1940 oleh Charles Wykoff. Beliau telah menghasilkan foto terperinci letupan nuklear yang telah berlaku pada awal tahun 1940an dan karyanya telah dijadikan muka depan majalah LIFE.

Pertengahan Abad - Tonemapping dilakukan secara manual menggunakan teknik 'dodge & burn' - iaitu menaikkan & menurunkan exposure bahagian-bahagian yang tertentu dalam sesuatu gambar untuk mendapatkan tone yang lebih baik. Cara ini berkesan kerana kadar dynamic range pada negatif adalah jauh lebih tinggi berbanding positif (cetakan siap) yang diexposed melalui negatif dalam cara yang seragam. Contoh yang terbaik adalah gambar 'Schweitzer at the Lamp' oleh W. Eugene Smith, dari koleksi photo essay A Man of Mercy (1954) tentang Dr. Albert Schweitzer dan kerja-kerja kemanusiaan beliau di French Equatorial Africa. Gambar tersebut memakan masa 5 hari untuk menyiapkannya bagi memperbaiki semula tone dari lampu yang cerah (yang berkaitan dengan keadaan) ke bayang-bayang yang gelap.

'Schweitzer at the Lamp' oleh W. Eugene Smith
sumber :   http://www.cybergrain.com/tech/hdr/images1/eugene_smith.jpg 


Ansel Adams pula telah menjadikan dodge & burn sebagai satu teknik seni. Kebanyakan karya beliau yang terkenal telah dimanipulasikan dalam bilik gelap dengan teknik tersebut. Beliau menulis sebuah buku yang komprehensif mengenai cetakan menghasilkan yang bertajuk The Print, yang menceritakan teknik dodge & burn dengan jelas, dalam konteks 'Zone System' beliau.

Dengan munculnya fotografi warna, tonemapping dalam bilik gelap tidak lagi relevan, ekoran masa tertentu yang diperlukan semasa proses develop filem warna. Selama bertahun-tahun para jurugambar bergantung harap kepada pengeluar filem untuk mencipta stok filem baru dengan hasil yang lebih baik, atau terus mengambil gambar dalam format hitam putih untuk menggunakan teknik tonemapping.

1980an - Walaupun HDR telah dikenali selama beberapa dekad, namun penggunaan secara meluas telah dihadkan oleh kuasa komputer yang agak terbatas pada masa itu. Mungkin aplikasi pertama HDRI yang pertama telah dilakukan oleh industri perfileman di hujung 1980an, dan pada 1985 Gregory Ward telah mencipta format fail imej Radiance RGBE, yang merupakan format fail pengimejan HDR (HDR imaging file format) yang pertama (dan masih format paling biasa digunakan).


Proses penghasilan HDR ketika awal pengenalannya memerlukan masa yang lama untuk dihasilkan kerana prosesnya agak rumit, lebih-lebih lagi teknologi di waktu itu masih terlalu jauh berbanding ketika ini. Berbeza di zaman ini, proses penghasilannya telah dipermudahkan beratus kali ganda. Penciptaan pelbagai perisian untuk menghasilkan HDR telah memendekkan penghasilannya sehingga tahap kurang dari lima belas (15) minit bergantung kepada kelajuan komputer anda.

Kemunculan semula HDR dalam era digital kini sebenarnya telah menyelamatkan banyak imej yang selama ini dikategorikan sebagai rosak atau rejected kerana sebab-sebab yang berbagai. Imej pemandangan yang diambil antara jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang misalnya, adalah dianggap tidak sesuai dipamerkan. Kini, ada kaedah untuk memperbetulkannya.



Format Fail

Antara format fail yang biasa digunakan untuk menghasilkan imej HDR :

*.hdr - greg wards original file format
*.jpg - greg wards jpg
*.tif logluv & raw - tiff implementation of hdr
*.exr - Industrial Light and Magic's file format
*.pfm - raw floating point file format.
*.psd - photoshop file format
*.atx, *.atri - artizen's file format.

Terdapat juga format raw yang dihasilkan dari kamera yang digunakan untuk memproses HDR, antaranya :


*.3fr (Hasselblad)
*.ari (ARRIFLEX)
*.arw *.srf *.sr2 (Sony)
*.bay (Casio)
*.crw *.cr2 (Canon)
*.cap *.iiq *.eip (Phase_One)
*.dcs *.dcr *.drf *.k25 *.kdc (Kodak)
*.dng (Adobe)
*.erf (Epson)
*.fff (Imacon)
*.mef (Mamiya)
*.mos (Leaf)
*.mrw (Minolta)
*.nef *.nrw (Nikon)
*.orf (Olympus)
*.pef *.ptx (Pentax)
*.pxn (Logitech)
*.R3D (RED)
*.raf (Fuji)
*.raw *.rw2 (Panasonic)
*.raw *.rwl *.dng (Leica)
*.rwz (Rawzor)
*.srw (Samsung)
*.x3f (Sigma)



Kegunaan HDR

HDR banyak digunakan oleh :

- Pereka grafik 3D
- Arkitek @ Seni Bina
- Penerbitan
- Jurugambar
- Kesan khas dalam filem
- Game