Tentang Blog

Saya, HDR dan Blog

Saya seorang jurugambar hobbyist yang meminati seni fotografi HDR landscape. Saya juga tidak pernah mengikuti kelas fotografi secara formal di mana-mana kolej atau universiti. Segala ilmu berkaitan dengan fotografi yang saya ada ini adalah hasil dari kelas-kelas short-course yang saya pernah hadiri, tunjuk ajar kawan-kawan serta pengalaman eksplorasi try and error saya sendiri. Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk berkongsi ilmu yang saya ada ini dengan anda semua. Jika ada sebarang salah silap serta 'ajaran sesat' di mana-mana bahagian di dalam blog ini harap dapat ditegur.

Dalam blog ini saya akan lebih tekankan tentang HDR landscape (yela, dah nama pun HDR by Yarn kan. hehe...) berbanding genre lain. Sekali-sekala saya akan kongsikan juga genre yang lain seperti portraiture, street, travel dan lain-lain dari masa ke semasa. Sekurang-kurangnya taklah orang bosan tengok landscape saja, kan?

Mungkin terdapat banyak istilah di dalam blog ini yang saya kekalkan dalam Bahasa Inggeris, kerana istilah-istilah yang saya kekalkan itu mungkin akan berbunyi pelik dan agak janggal jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu. Harap semua yang membaca blog ini dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan.

Terima kasih dan selamat membaca!

-Yarn
2010; di zaman baru pegang DSLR