Oleh kerana HDR itu sendiri merupakan cabang dari fotografi, maka saya akan menceritakan serba sedikit tentang fotografi secara ringkas.
Definisi
Pastinya semua dah sedia maklum yang perkataan fotografi itu diadaptasi dari perkataan inggeris photography. Namun, perkataan photography itu sendiri berasal dari gabungan perkataan Yunani 'photos' (yang bermaksud cahaya) dan 'grapho' (menulis/melukis). Jadi secara ringkasnya photography itu membawa maksud 'melukis dengan cahaya'. Kenapa dikatakan demikian? Pengertian secara mudahnya adalah semua benda memantulkan cahaya. Cahaya yang dipantulkan oleh benda tersebut dapat difokuskan melalui lensa dan membakar medium penangkap cahaya (filem@negatif) atau dirakam melalui sensor digital. Oleh yang demikian, maka wajarlah apabila seorang jurugambar memiliki perhatian lebih terhadap cahaya kerana sebuah foto yang baik dihasilkan dengan cahaya yang baik.
Definisi menurut Wikipedia :
"Photography is the art, science and practice of creating durable images by recording light or other electromagnetic radiation, either electronically by means of an image sensor or chemically by means of a light-sensitive material such as photographic film."
Definisi fotografi menurut Kamus Dewan :
"seni, proses atau pekerjaan mengambil atau menghasilkan fotograf."
Kesimpulannya, fotografi merupakan proses merakam cahaya. Jika tiada cahaya, tiadalah gambar yang dirakam.
Sejarah Fotografi
![]() |
"View from the Window at Le Gras", Joseph Nicéphore Niépce Gambar pertama di dunia |
- 1822 – Joseph Nicéphore Niépce menghasilkan foto Heliografi yang pertama dengan subjek Paus Pius VII, menggunakan proses heliografik. Salah satu foto yang bertahan hingga sekarang dibuat pada tahun 1825.
- 1826 – Joseph Nicéphore Niépce menghasilkan foto pemandangan yang pertama, yang dibuat dengan dedahan selama 8 jam.
- 1835 – Penemuan proses baru oleh William Henry Fox Talbot.
- 1839 – Louis Daguerre mematenkan daguerreotype.
- 1839 – William Henry Fox Talbot menemukan proses positif/negatif yang dipanggil Tabotype.
- 1839 – John Herschel menemui negatif dengan dengan larutan Sodium thiosulfate/hyposulfite of soda yang dipanggil hypo atau fixer.
- 1851 – Frederick Scott Archer memperkenalkan proses koloid.
- 1854 – André Adolphe Eugène Disdéri memperkenalkan rotating camera yang boleh merakam 8 imej berbeza dalam satu filem. Sebaik sahaja hasilnya dicetak di atas kertas albumen, imej dipotong kepada 8 bahagian dan dipasang di atas kepingan kad yang berasingan. Kad-kad ini menjadi inspirasi penyebutan (fr: carte de visite, bahasa Inggeris: visiting card)
- 1861 – Foto berwarna yang pertama diperkenalkan oleh James Clerk Maxwell.
- 1868 – Louis Ducos du Hauron mempatenkan kaedah subtractive color photography.
- 1871 – Richard Maddox menemui filem fotografi dari emulsi gelatin.
- 1876 – F. Hurter & VC Driffield memulakan penilaian sistematik sensitiviti emulsi fotografi yang ketika itu dikenali sebagai sensitometri.
- 1878 – Eadweard Muybridge menghasilkan imej fotografi kelajuan tinggi (high speed photographic) kuda yang berlari.
- 1887 – Filem seluloid yang pertama kali diperkenalkan.
- 1888 – Kodak mengeluarkan kamera kotak n ° 1, kamera easy-to-use yang pertama.
- 1887 – Gabriel Lippmann menemui reproduksi warna pada foto.
- 1891 – Thomas Alva Edison mempatenkan kamera kinetoskopis (motion picture).
- 1895 – Auguste dan Louis Lumière mencipta Cinématographe.
- 1898 – Kodak memperkenalkan kamera folding Pocket Kodak.
- 1900 – Kodak memperkenalkan produk kamera Brownie.
- 1901 – Kodak memperkenalkan filem 120mm.
- 1902 – Arthur Korn membuat teknologi phototelegraphy; yang menukar imej kepada isyarat yang boleh dihantar melalui kabel. Wire-Photos digunakan secara meluas di Eropah pada tahun 1910 dan penghantaran antara benua bermula pada tahun 1922.
- 1907 – Lumière Autochrome merupakan pemasaran proses fotografi warna yang pertama.
- 1912 – Vest Pocket Kodak menggunakan 127 filem.
- 1913 – Kinemacolor, sistem "natural color" untuk siaran komersial ditemui.
- 1914 – Kodak memperkenalkan sistem autographic film.
- 1920an – Yasujiro Niwa menemukan peralatan untuk transmisi phototelegraphic melalui gelombang radio.
- 1923 – Doc Harold Edgerton menghasilkan xenon flash lamp dan strobe photography.
- 1925 – Leica memperkenalkan format filem 35mm dalam fotografi pegun (still photography).
- 1932 – Tayangan berwarna pertama dari Technicolor bertajuk Flowers and Trees dibuat oleh Disney.
- 1934 – Filem katrij 135 diperkenalkan, menjadikan kamera 35mm mudah untuk digunakan.
- 1936 – IHAGEE menghasilkan Ihagee Kine Exakta 1, kamera SLR 35mm yang pertama.
- 1936 – Kodachrome mengembangkan multi-layered reversal color film yang pertama.
- 1937 – Agfacolor-Neu mengembangkan reversal color film.
- 1939 – Agfacolor membuat "print" filem moden yang pertama dengan matter warna positif/negatif.
- 1939 – View-Master memperkenalkan kamera stereo viewer.
- 1942 – Kodacolor memasarkan "print" film Kodak yang pertama.
- 1947 – Dennis Gabor menemui Holografi.
- 1947 – Harold Edgerton mengembangkan rapatronic camera untuk pemerintah Amerika Syarikat.
- 1948 – Edwin H. Land membuat kamera segera (instant camera) yang pertama dengan jenama Polaroid.
- 1952 – Era filem 3-D bermula.
- 1954 – Leica M diperkenalkan.
- 1957 – Asahi Pentax kamera SLRnya mula diperkenalkan.
- 1957 – Imej digital yang pertama dicipta dengan komputer oleh Russell Kirsch di Biro Standard Kebangsaan Amerika Syarikat (kini Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan, NIST).
- 1959 – Nikon F diperkenalkan.
- 1959 – Agfa memperkenalkan kamera automatik pertama, Optima.
- 1963 – Kodak memperkenalkan Instamatic.
- 1964 – Kamera SLR Pentax Spotmatic diperkenalkan.
- 1973 – Fairchild Semiconductor menghasilkan sensor CCD berskala besar yang terdiri daripada 100 baris dan 100 lajur.
- 1975 – Bryce Bayer daripada Kodak membangunkan pola mosaic filter Bayer CCD color image sensor.
- 1986 – Saintis Kodak menghasilkan sensor dengan kapasiti megapiksel yang pertama.
- 2005 – AgfaPhoto mengisytiharkan muflis. Pengeluaran filem berjenama Agfa terhenti.
- 2006 – Dalsa mencipta sensor CCD dengan kapasiti 111 megapiksel, yang terbesar pada masa itu.
- 2008 – Polaroid menghentikan pengeluaran semua produk filem segera (instant film) ekoran dari pembangunan teknologi imej digital.
- 2009 – Kodak mengumumkan penamatan filem Kodachrome.