Aksesori Penting
Untuk berHDR banyak aksesori fotografi yang kita boleh gunakan, tetapi yang paling asas adalah kamera dan juga tripod.
Kamera
Boleh gunakan mana-mana kamera digital, selagi kamera tersebut kamera itu ada mode M atau A/Av. Lagi bagus kalau ada kedua-duanya sekali. Rasanya semua DSLR sekarang ada kedua-dua mode tersebut. Kamera compact@point-and-shoot pula ada juga yang mempunyai mode tersebut. Kamera compact yang boleh tukar lens (interchangeable lens atau sesetengah orang memangilnya micro four-third) pula saya rasa mungkin sama macam DSLR; semuanya mempunyai mode-mode tersebut.
- M bermaksud Manual, iaitu kita sendiri mengawal ISO, shutter speed, aperture dan EV setting.
- A bermaksud Aperture (atau Av bermaksud Aperture Value; sama fungsinya seperti A), maksudnya kita hanya mengawal nilai bukaan aperture, ISO dan EV, sedangkan nilai shutter speed ditentukan oleh kamera mengikut kesesuaian nilai EV yang kita setkan.
- S pula bermaksud Shutter Speed (atau Tv bermaksud Time Value; sama fungsi seperti S) maksudnya kita hanya mengawal nilai shutter speed, ISO dan EV, sedangkan nilai bukaan aperture ditentukan oleh kamera mengikut kesesuaian nilai EV yang kita setkan.
- P pula bermaksud Program; kamera menentukan nilai shutter speed & aperture mengikut kesesuaian nilai EV yang telah kita tetapkan.
![]() |
dial mode pada Nikon & Canon |
Tripod
![]() |
tripod yang fleksibel sebegini sangat sesuai untuk pelbagai tempat dan keadaan |
Selain tripod yang kukuh, tapak untuk kita meletakkan tripod juga perlu diambil kira kerana kalau kita letak tripod atas tanah yang lembut, kemungkinan angle kita untuk berubah pun tinggi juga. Carilah tempat yang keras dan tidak bergerak untuk meletakkan tripod kita seperti tanah yang keras, atas batu dan sebagainya. Kalau kawasan berair pula pandai-pandailah cari kawasan yang keras dan tidak bergerak untuk meletakkan tripod. Sebolehnya sendal dengan kuat supaya kaki tripod tak ditolak oleh arus air.
Berdasarkan pengalaman saya, ada beberapa ciri-ciri tripod yang saya rasakan bagus dan sesuai, terutamanya untuk HDR landscape :
- Kakinya boleh dikangkang habis, memungkinkan penggunaan angle yang rendah atau sempit.
- Penggunaan ballhead mungkin memudahkan kita mengalihkan angle, kerana kita hanya mengawal angle dengan 1 kunci sahaja, namun ia agak sukar digunakan untuk membuat panorama atau vertorama. Tidak mustahil, cuma agak susah kerana angle balancing mungkin akan lari jika tak setkan dengan betul dan teliti.
- Tapak yang dipasang pada bawah kamera pastikan mampunyai getah yang besar, untuk lebih grip dan dapat menampung kamera ketika dalam keadaan vertical (menegak).
- Pastikan skru kunci tapak pada bawah kamera bukan plastik kerana kunci plastik tak akan dapat pegang kamera dengan kuat ketika kamera dalam keadaan vertical.
- Tripod yang berat bagus juga kerana ia lebih kukuh dan stabil, tapi biasanya barang-barang yang berat ni lebih susah untuk kita bawa ke sana ke mari, tambahan pula jika kita ingin mengambil gambar landscape, sudah tentu kita akan banyak travel, masuk hutan, meredah arus air dan sebagainya.
- Perhatikan bahagian bawah besi tengah tripod. Jika ada cangkuk, boleh gunakannya untuk menggantung beg kamera atau sesuatu yang berat. Tujuannya untuk menambah lagi kekukuhan dan kestabilan tripod. Tapi elakkan dari menggantung sesuatu yang mudah ditiup angin, takut tripod bergoyang.
- Pengunci kaki tripod ada yang jenis klip dan ada juga yang jenis pulas. Pilihlah yang mana anda rasakan sesuai dan cepat untuk anda membuka dan menutupnya. Cuma hati-hati dengan jenis klip, kadang-kadang ada jenis yang mudah dimasuki pasir halus. Kalau anda memiliki jenis yang ini, pastikan anda bersihkan tripod setiap kali selepas guna untuk mengelakkan kaki tripod tersekat.
Rasanya mungkin ini saja yang terlintas di fikiran saya. Kalau ada lagi yang saya terlepas pandang, bolehlah anda kongsikan di ruangan komen di bawah.
![]() |
kepala tripod sebegini lebih sesuai untuk membuat panorama @ vertorama |
![]() |
contoh tapak yang sesuai; mempunyai getah grip & skru besi |
Aksesori Lain
Selain kamera dan tripod, banyak lagi aksesori fotografi lain yang dapat membantu kita berHDR. Antaranya yang saya dapat senaraikan :- Lens filter - untuk membantu mengawal amaun cahaya yang masuk ke dalam sensor.
- Water level - untuk membatu kita mengukur balance kedudukan kamera.
- Lightmeter - untuk membantu kita membuat setting aperture & shutter speed bersesuaian dengan cahaya.
- Shutter remote - untuk membantu kita menekan shutter tanpa menyentuh kamera, dapat mengurangkan gegaran pada kamera.
- Shutter release cable - sama seperti shutter remote, cuma ia mempunyai kabel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan