19 April 2012

Ayuh Kita BerHDR!

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Untuk entri permulaan ni saya akan ceritakan tentang apa yang perlu untuk berHDR. harap lepas ni jangan hairan kalau saya asyik gunakan 'berHDR', saya lebih sukakan istilah ni sebab ia akan mengingatkan saya untuk plan dahulu untuk membuat HDR setiap kali saya keluar mengambil gambar. Ya, untuk membuat HDR kita perlu plan dahulu hasil akhir yang diinginkan sebelum menekan butang shutter kamera, bukannya main ambil je gambar pemandangan yang cantik, kemudian balik rumah, load gambar dalam PC, baru fikir "oh, yang ni aku nak buat HDR lah". Sebab bila buat camtu saya percaya hasilnya akan jadi mengarut. Hahaha...

Plan Dahulu Sebelum Shoot

Macam yang saya pesan tadi, lebih baik plan dulu sebelum shoot. Untuk hasil yang terbaik, sebelum keluar rumah lagi dah plan untuk shoot apa. Jadi kita akan keluar rumah awal, terus bergerak pergi ke lokasi, buat persiapan di lokasi dan shoot dengan penuh kesabaran.

Sebagai contoh, saya tinggal di Ipoh, dan saya ingin hasilkan gambar sunset di tepi laut. Dah tentu la saya kena keluar dari Ipoh untuk cari lokasi yang berlaut sebab di Ipoh tak ada. Jadi saya ambil keputusan untuk ke Lumut. Saya perlu ke Lumut selewat-lewatnya dua jam sebelum matahari terbenam, memandangkan perjalanan dari Ipoh ke Lumut memakan masa lebih kurang sejam setengah. Kemungkinan saya sampai di Lumut setengah jam sebelum sunset. Dalam fikiran saya dah bayangkan suasana yang saya mahukan, jadi saya terus mencari lokasi yang saya inginkan. Kalau saya tak biasa dengan Lumut mungkin saya perlu keluar lebih awal lagi.

Macam mana pula kalau saya tak plan dahulu sebelum shoot? Mungkin saya sedang berada di Lumut dan ingin mengambil gambar sunset, tetapi kamera pula tak bawa, atau mungkin bateri tinggal sikit, atau boleh jadi juga kad memori penuh. Kan misi dah gagal...

Ok, persediaan di lokasi pula. Keluarkan peralatan yang perlu, pasang, kemudian lihat sekeliling dan dapatkan gambaran hasil akhir dulu. Bayangkan hasil akhir itu dalam kepala otak anda dan mula mencari angle yang sesuai. Kalau nak buat HDR, mesti fikir nak shoot untuk buat HDR. Kalau sebelum shoot anda tak terfikir untuk buat HDR, saya cadangkan supaya elakkan dari buat gambar tu sebagai HDR, sebab yang utama adalah proses HDR memerlukan beberapa keping EV; atau secara mudah fahamnya untuk buat HDR kita perlu shoot beberapa keping gambar dari sudut (angle) yang sama tetapi berlainan dedahan (exposure value atau EV).

Exposure Value

Dedahan? Exposure? Ape tu? Rasanya ramai yang baru kenal kamera terlepas pandang pasal ni, termasuk la saya juga dulu. haha... Dalam fotografi, kita mengira tahap kecerahan/kegelapan sesebuah gambar tu dengan nilai dedahan (exposure value), biasanya dipanggil EV. Sangat penting untuk kita tahu tentang EV ni sebab ia akan menentukan tahap kecerahan gambar kita nanti. Kenapa dipanggil dedahan @ exposure? Sebab ia mengira berapa banyak cahaya yang masuk ke dalam sensor (atau filem, untuk kamera analog). lebih banyak cahaya yang masuk ke dalam sensor, lebih cerahlah gambar kita. Jumlah cahaya yang masuk akan ditentukan oleh cahaya pada lokasi serta pada shutter speed & aperture yang ditetapkan.
exposure setting pada kamera

Biasanya dengan keadaan suasana cahaya yang sederhana atau biasa-biasa saja kita akan nilaikan sebagai EV 0. Jika cerah sikit EV +1, gelap sikit EV -1 dan begitulah seterusnya. Dalam HDR, kita perlukan beberapa keping gambar berlainan EV untuk digabungkan, sekurang-kurangnya 3 keping atau lebih; bergantung kepada keperluan. Jika 3 keping, biasanya EV 0, EV -2 dan EV +2. 2 keping juga boleh, tapi tak digalakkan sebab ia masih kurang mencukupi.

Bagaimana dengan sekeping @ single file? Seboleh-bolehnya elakkan dari sekeping JPEG (*.jpg). Jika nak buat juga pastikan ia dalam format RAW (cth *.nef untuk Nikon & *.cr2 untuk Canon) kerana RAW file mempunyai lebih detail berbanding JPEG. Tak dinafikan, kadang-kadang akan ada ketika yang memerlukan kita memproses HDR dari single file. Proses ini dinamakan Pseudo-HDR.

Tiada ulasan: